Cara 1: Langkah-langkah Untuk Unlock

Terdapat pelbagai cara untuk meng'unlock'kan modem broadband ini. Di sini saya kemukakan 2 cara yang paling mudah untuk anda meng'unlock'kan modem ini. Membuka kod-kod bergantung kepada keserasian Model Modem Huawei anda dan no IMEI.

Cara 1:
Ikuti langkah nak meng’unlock’:

1. Memasukkan SIM yang bukan milik asal modem(contoh: jika anda menggunakan Modem Maxis Broadband, masukkan sim kad selain dari Maxis, seperti Celcom, Digi atau U-Mobile ke dalam modem broadband anda.

2. Connectkan Modem USB Broadband anda ke PC dan ianya install secara otomatik.

3. Satu papan tetingkap di dashboard akan terpapar untuk anda memasukkan kod unlock untuk menggunakan talian sim yang baru tersebut.

* Perlu diingat, no unlock yang diminta bukanlah sesuka hati diisi. Jika anda telah memasukkan 10 kali nombor unlock yang salah, Modem anda akan dilock selama-lamanya, jadi berhati-hatilah.


















4. Masukkan 8 digit nombor yang telah/akan saya berikan itu.

5. Jika anda memasukkan nombor unlock yang salah, unlock menu akan terpapar kembali dan remaining attempt akan berkurang.

6. Jika anda berjaya unlock modem, line telco baru akan terpapar di bahagian bawah kiri. (Tunggu beberapa saat)

7. Anda perlu setkan APN telco baru anda sebelum anda dibolehkan melayari internet.

** Jika anda menu unlock tidak muncul sebagaimana langkat 3 di atas, anda masih boleh meng'unlock' modem dengan cara lain yang akan diterangkan kemudian.